TABIAT pengambilan makanan sememangnya penting terhadap tubuh manusia, terutama apabila ia bakal memberi kesan kepada kesihatan.
Justeru, sangat diutamakan kepada individu mengetahui jenis makanan diambil sesuai dengan keperluan badan, terutama bagi yang tidak gemar mengambil makanan seperti sayuran, bijiran dan buah-buahan berikutan lebih menggemari makanan tinggi dengan gula, garam dan berminyak.
Disebabkan corak pemakanan sedemikian, seakan-akan lumrah pada masa kini apabila timbul pelbagai masalah kesihatan yang selalunya berpunca daripada pengambilan gula secara berlebihan dan tinggi dengan lemak dan kolesterol sehingga menyebabkan seseorang itu mudah diserang diabetes, darah tinggi serta lemah jantung.
Sebenarnya pengambilan makanan mengandungi tinggi lemak serta gula bukan saja boleh menyumbang kepada masalah kegemukan dan menyebabkan obesiti, malah faktor gabungan kedua-duanya mengundang kedatangan penyakit kencing manis atau diabetes.
Diabetes berlaku apabila insulin yang dihasilkan tubuh kurang daripada jumlah gula dalam darah, menyebabkan jumlah gula digunakan tidak dapat diserap serta digunakan sebaik-baiknya oleh tubuh.
Dengan kewujudan penyakit diabetes, kebiasaan penghidapnya turut mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat pelbagai penyakit sampingan berikutan tahap gula yang tinggi mampu menjejaskan fungsi salur darah serta meningkatkan tahap lemak, sekali gus memungkinkan serangan penyakit seperti darah tinggi dan serangan jantung.
Diabetes terbahagi kepada dua jenis iaitu I dan II. Punca kedua-dua jenis diabetes ini adalah berbeza.
Berdasarkan kefahaman kesihatan, diabetes jenis I berlaku akibat kerosakan pankreas dan biasanya dihidapi remaja, sementara jenis II pula sering berlaku di kalangan mereka yang berusia berikutan hormon insulin yang dihasilkan oleh badan tidak berfungsi sepenuhnya atau tidak mencukupi untuk keperluan tubuh.
Namun produk Biogreen seperti Biogreen Oatmilk, Biogreen 5 Grain Oatmilk, Biogreen Wild Rice Powder, Biogreen Organic Sugar Free Soya Milk, Biogreen Organic Green Balance Powder, Biogreen Organic Oligo Powder atau Organic Oligo Liquid dan Biogreen Extra Virgin Golden Flax Seed Oil dan Biogreen Prune Enzymes boleh membantu mengatasi masalah terbabit.
Produk keluaran Green Image Organic Enterprise Sdn Bhd (Green Image) ini boleh diibaratkan sebagai alternatif pilihan kepada individu yang tidak menyukai makanan seperti sayuran, bijiran atau buah-buahan.
Ini kerana dengan ramuan berasaskan susu daripada bijirin penuh serta diperkaya dengan serat, ia turut tinggi dengan pelbagai manfaat seperti protin, Omega 3 dan 6, lesitin dan kalsium.
Pengambilan serat oleh tubuh terbukti mempunyai peranan besar kerana membantu menyerap kandungan gula berlebihan dalam badan.
Pengarah Urusannya, Cliff Lee, berkata setiap produk keluarannya mempunyai manfaat tersendiri serta sesuai dijadikan satu daripada produk makanan kesihatan yang membantu menyihatkan tubuh.
“Setiap produk Biogreen mempunyai keistimewaan tersendiri kerana kaya dengan pelbagai khasiat berikutan ramuan asas bahannya yang membabitkan unsur organik.
“Seperti Biogreen Oatmilk, ia membantu membersihkan usus besar, menyingkirkan bahan toksik, lendir berlebihan dan sisa-sisa makanan dalam tubuh, seterusnya membantu melancarkan sistem penghadaman,” katanya.
Sementara itu individu yang mempunyai paras glukosa tinggi boleh memilih Biogreen 5 Grain Oatmilk kerana sememangnya kurang gula dan kaya dengan bijirin seperti beras perang, beras merah, kacang hitam dan gandum.
“Biogreen Wild Rice Powder juga boleh dijadikan pilihan individu yang memerlukan khasiat secukupnya serta dalam masa sama mengalami paras glukosa tinggi kerana mempunyai tinggi antioksida dan pelbagai vitamin B1, B2, E, mineral, serat larut air dan serat tidak larut air,” katanya.
Diakui peranan antioksida juga sangat penting untuk kesihatan tubuh kerana mampu membantu menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan.
Dengan mengambil Biogreen Green Balance Powder yang kaya dengan antioksida, ia membantu menguatkan badan, pengawalan paras glukosa darah dan mencegah pengerasan saluran darah.
Bagi mereka yang gemar minuman berasaskan susu soya, Biogreen Organic Sugar Free Soya Milk menjadi pilihan sebagai sarapan pagi iaitu diperbuat daripada kacang soya organik berkualiti tinggi dan mempunyai protin yang cukup untuk tumbesaran dan membaiki sel badan.
Ia diproses dengan kombinasi kaedah tradisi dengan teknologi terkini dan unsur organik kacang soya yang digunakan itu juga dibuang kulit sebelum diproses.
“Anda boleh menggunakan Biogreen 5 Grain Oatmilk atau Biogreen Organic Sugar Free Soya Milk untuk menggantikan santan ketika memasak kari atau nasi lemak yang lebih sihat di mana ia bebas kolesterol sebab tanpa penggunaan santan.
“Malah anda boleh menambah Wild Rice Powder ke dalam Organic Sugar Free Soya Milk untuk memperoleh 22 jenis asid amino yang lengkap bagi tumbesaran bayi dan kanak-kanak,” katanya.
Biogreen Organic Green Balance Powder mengandungi lebih kurang 120 jenis nutrien termasuk pelbagai jenis vitamin, mineral, klorofil dan enzim aktif.
Biogreen Organic Green Balance Powder adalah rumusan jenis sayur-sayuran hijau tua yang dapat membantu dan membekal nutrien, sekali gus membantu mengawal kencing manis.
Mereka yang ingin mengawal kadar gula dalam tubuh pula boleh memilih untuk mencuba produk Biogreen Organic Oligo Powder atau Organic Oligo Liquid yang diperbuat daripada sejenis gula kompleks yang tidak manis dan berserat tinggi.
Bahannya yang dicampuri Oligo dan mengandungi Inulin itu dikatakan mampu membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan memperbaiki sistem penghadaman setiap pengambilnya, di mana ia bertindak sebagai pembantu pertumbuhan prebiotik.
Selain mempergiatkan pertumbuhan prebiotik, ia membantu menguatkan fungsi imun dan mengembalikan gula darah pada paras normal. Ia makanan yang baik bagi pesakit kencing manis berikutan tidak mempengaruhi paras glukosa dalam darah.
Malah dengan pengambilan makanan kesihatan seperti ini, ia memberi satu nilai tambah kepada individu yang ingin sentiasa kekal sihat tanpa perlu melakukan senaman berat.
Pilihlah aktiviti menyeronokkan seperti berjalan pantas, berenang atau berbasikal secara berkumpulan kerana senaman yang dilakukan secara teratur dan berterusan membantu mengembalikan paras gula ke julat normal selain bantuan pemakanan yang membantu sistem dalam tubuh.
`Petkan Harian Metro`